Pemandangan sepanjang perjalanan dari Madinah ke Makkah. Padang pasir yang berbatu. Bayangkan semasa penghijrahan Nabi dulu yang menaiki unta berbanding jemaah sekarang yang menaiki bas berhawa dingin.
Dalam ihram bersama wife depan hotel Fayroz, Madinah sementara menunggu bas untuk ke Makkah.
Masjid Qiblatain. Masjid yang mengandungi dua arah qiblat. Satu menghadap ke Baitul Maqdis sebelum bertukar ke Baitullah di Masjidil Haram.
Pemandangan di dalam kilang mencetak Al- Quran. Lawatan ke dalam kawasan kilang hanya dibenarkan untuk kaum lelaki sahaja. Kaum wanita terpaksa tunggu di lobi. Setiap orang (lelaki) diberi senaskhah Al-Quran percuma.
Maqam para sahabat Rasulullah S.A.W yang terkorban semasa perang Uhud. Di belakang tu adalah Jabal Uhud.
Bersama isteri di kebun kurma
Buah kurma yang belum masak
Pemandangan dalam Masjid Quba'. Masjid ni tak jauh dari Masjid Nabawi. Lebih kurang 10 minit. Keistimewaan masjid menurut sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, "Barangsiapa berwuduk dari kediamannya (hotel, rumah) lalu pergi ke masjid Quba' dan bersolat di dalamnya akan mendapat pahala sama dengan pahala orang yang mengerjakan umrah."
Sebahagian pemandangan Kota Madinah
In the background is Masjid Nabawi. Waktu ni lebih kurang pukul 9 pagi.
This is one of the streets near Masjid Nabawi. Kat sini la ramai orang shopping. Macam-macam barang ada dijual. Yang menarik tu Ustaz kata membeli belah di Madinah dan Makkah dapat berkat sebab kat sini tanah haram. Tapi niat utama datang tu nak beribadat.
This is Masjid Nabawi from one of the many entrances. Actually ni kat bahagian luar masjid. Bumbung tu boleh dibuka dan ditutup. During peak time (usually waktu solat) ramai jemaah solat di sini.
No comments:
Post a Comment